Posts

PUNCA- PUNCA KURANG PENGHAYATAN TERHADAP ASPEK KENEGARAAN

l KEPENTINGAN DIRI SENDIRI Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan patriotisme kian pudar dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat patriotisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan. l TIADA PERASAAN CINTA AKAN NEGARA Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat patriotism pada Malaysia. Mereka kurang mendapat pendedahan tentang  perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita dapat hidup ya

SEMANGAT PATRIOTISME

SEMANGAT PATRIOTISME Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk semata-mata. Untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik mendalami dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Selain itu, pihak IPT juga boleh membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati seman

CONTOH- CONTOH KURANG PENGHAYATAN TERHADAP ASPEK- ASPEK KENEGARAAN

Image
CONTOH-CONTOH KURANG PENGHAYATAN TERHADAP ASPEK-ASPEK KENEGARAAN Penggunaan budaya Barat dari segi hiburan, fesyen, percakapan, dan tingkah laku Tanggungjawab individu mematuhi undang- undang negara, rasa cinta dan sanggup berkorban untuk tanah air diabaikan Kurang menghormati Perlembagaan dan menghayati prinsip Rukun Negara Bahasa Melayu dipinggirkan Penggunaan bahasa rojak Peningkatan gejala negatif ( #THEINARUVI )    

KURANG PENGHAYATAN TERHADAP ASPEK:ASPEK KENEGARAAN

                        Pertahan kedaulatan negara Patriotisme menuntut kita menjadi warga yang serius berfikir mengenai survival bangsa dan tanah air. Patriotisme menjadikan kita lebih sensitif terhadap ancaman musuh sama ada yang datang dari dalam mahupun dari luar. Semangat pstriotisme semacam inilah yang menjadikan kita sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan kedaulatan negara.Usaha untuk mempertingkatkan semangat patriotisme sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan adalah bertujuan membentuk generasi muda ynag tinggi semanagat patriotismenya. Nilai dan semanagat patriotisme diterapkan melalui modul kenegaraan, pembinaan syahsiah dan semangat kesukarelawanan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.Selain itu, idea patriotisme termaktub di dalam Dasar Pembangunan Belia Negara serta menunjangi Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkan pada 1990-an.Justeru, pertubuhan-pertubuhan belia wajar memain

KURANG PENGHAYATAN TERHADAP ASPEK:ASPEK KENEGARAAN

                            Asas kenegaraan longgar Hari ini sudah terdapat tanda-tanda semangat patriotisme tidak begitu membara dan semakin terhakis dari jiwa generasi muda. Pemahaman dan penghayatan terhadap sejarah tanah air dan penghayatan terhadap asas-asas kenegaraan yang cetek dan longgar adalah antara punca lemahnya semangat patriotisme mereka. Cabaran globalisasi turut menyumbang kepada kemerosotan semangat patriotisme. Proses globalisasi menyebabkan berlakunya asakan liberalisasi dalam kehidupan masyarakat hari ini.Falsafah liberalisme mendukung konsep kebebasan individu tanpa kekangan sehingga menyuburkan nilai individualistik, materialistik dan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda. Dalam kalangan pendukungan politik liberal pula sejarah dan warisan negara tidak begitu bermakna bagi mereka. Perlembagaan yang mengandungi ciri-ciri tradisi dan warisan serta ‘kontrak sosial’ mahu dirobek semata-mata mahu membuka ruang yang terlalu liberal sehingga menggugat p

KURANG PENGHAYATAN TERHADAP ASPEK:ASPEK KENEGARAAN

Kurang penghayatan dalam aspek kenegaraan      Kurangnya penghayatan terhadap aspek-aspek kenegaraan juga menjadi cabaran kepada Negara untuk membangunkan masyarakat yang mempunyai modal insan. Kebanyakan generasi muda seoleh-oleh alpa tentang budaya timur yang penuh dengan adab sopan serta tatatertibnya. Mereka juga lupa asal usul dan sejarah perjuangan genarasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Mereka tidak lagi berminat untuk mempelajari apatah lagi menghayati sejarah perjuangan nenek moyang mereka yang bertungkus-lumus membebaskan pertiwi daripada cengkaman penjajah. Patriotisme adalah istilah sosiologi yang bermaksud cintakan tanah air. Dalam konteks kenegaraan, patriotisme merupakan elemen yang mesti ada pada setiap rakyat.Ini penting dalam konteks mempertahan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Patriotisme juga penting untuk mengangkat maruah dan martabat negara di pentas global.Perkataan patriotisme berasal daripada bahasa Greek, iaitu patriotes dan patrice. ‘Patrio

PENGENALAN & OBJEKTIF

Pengenalan   Selamat sejahtera kepada seluruh rakyat malaysia yang berbilang kaum. Tujuan Blog ini dibuka untuk meningkat kesedaran rakyat malaysia kerana mereka  kurang penghayatan terhadap aspek-aspek kenegaraan. Kurangnya penghayatan terhadap aspek-aspek kenegaraan juga menjadi cabaran kepada Negara untuk membangunkan masyarakat yang mempunyai modal insan. Kebanyakan generasi muda seoleh-oleh alpa tentang budaya timur yang penuh dengan adab sopan serta tatatertibnya. Mereka juga lupa asal usul dan sejarah perjuangan genarasi terdahulu dalam menuntut kemerdekaan. Mereka tidak lagi berminat untuk mempelajari apatah lagi menghayati sejarah perjuangan nenek moyang mereka yang bertungkus-lumus membebaskan pertiwi daripada cengkaman penjajah.Seterusnya,   Patriotisme adalah istilah sosiologi yang bermaksud cintakan tanah air. Dalam konteks kenegaraan, patriotisme merupakan elemen yang mesti ada pada setiap rakyat.Ini penting dalam konteks mempertahan kedaulatan dan kemerdekaan negara. P